Google Classroom

Google For Education

 
Salam semua.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Google For Education.

Apa itu Google For Education?
Secara asasnya Google For Edu ini merupakan satu persekitaran yang diwujudkan oleh Google untuk membuat dan mengedarkan dokumen, berkomunikasi dan berkolaborasi menggunakan teknologi berasaskan awan (cloud-base technology).

Ia dibina khusus untuk memberi penyelesaian kepada guru dan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Google For Edu menyediakan alat (tools) untuk guru dan murid berhubung di mana sahaja, pada bila-bila masa dan melalui pelbagai peranti.

Memulakan Akaun Google For Education di sekolah.
Akaun Google For Edu adalah percuma. Namun institusi pendidikan perlu mempunyai domain institut (dalam kes ini Sekolah) nya sendiri. Sebaiknya ia adalah domain education (edu.com atau edu.my). Sebagai contoh, domain sekolah saya http://www.skpa.edu.my/  Untuk mendaftar domain sekolah dengan Google For Edu perlu melalui beberapa proses.